Ahad, 3 Disember 2017

Cara mengawal serangga perosak silverfish

Assalammualaikum w.b.t

Entri kali ni saya ingin berkongsi cara untuk menghapuskan serangga perosak yang jika ada di rumah yang susah nak hapuskan seperti dalam gambar di bawah

Nama spesies Silverfish (Leppisma saccharina) atau nama tempatan gegat@ngengat ini berwarna kelabu dan semasa kecil berwarna putih kelabu. Serangga ni suka bersembunyi di tempat lembap dan kering seperti di sofa, almari, di dalam buku, di bawah pakaian, di dalam tilam pendek kata hampir semua kawasan di dalam rumah ada serangga ini jika ianya telah menghuni rumah.

Saya terjumpa dengan serangga ni semasa saya dan suami menyewa rumah di kawasan Wangsa Maju. Selak kain baju sikit jumpa, belek-belek buku jumpa serangga ni, duduk dekat sofa ada juga jika diperhati dengan teliti. Mula-mula buat tak tahu tapi setelah berpindah ke rumah baru serangga ni pun ada sekali dan turut serta di dalam barang-barang yang telah dipindahkan. Paling tak tahan bila letak kain di atas sofa belek kain tersebut mesti ada serangga ni. Macam tu juga dengan kain baju di dalam almari. Aduhai geli geleman dibuatnya. Anak-anak pula selalu mendapat kesan gigitan kemerah-merahan di badan selepas bangun tidur. 

Nak bunuh senang je kalau jumpa picit je terus atau geserkan dengan benda terus jadi macam habuk basah. Tetapi serangga ni senang membiak dengan cepat itulah perlu dikawal dengan segera. Alhamdulillah terjumpa dengan racun perosak Bio-D ORBiT ni. Selepas sembur dekat almari, sofa, almari buku silverfish ini tidak kelihatan lagi. Dan jika serangga ini disembur terus dengan semburan Bio-D ORBiT ini akan mematikan serangga ini. Tujuan saya bukan nak mempromosikan ubat kawalan serangga ni tetapi disebabkan keberkesanan ubat kawalan serangga ini setelah bertahun-tahun berhadapan dengan serangga ni membuatkan saya abadikan di dalam blog hehe.





Ubat kawalan serangga perosak ni amat berkesan menghalau lipas, lalat, semut termasuklah silverfish ini walaupun tidak dinyatakan dekat label botol. Bio-D ORBiT ni  mengandungi EGX-101 5% yang berasaskan tomato liar yang berkesan untuk melindungi daripada serangga. Kandungan selebihnya adalah inert ingredients/perawi lengai 95%. Bio-D ORBiT ini selamat untuk anak-anak dan alam sekitar kerana bahan-bahannya berasaskan bahan semulajadi. 




Jadi jika ada pembaca yang berhadapn dengan serangga ini bolehlah mendapatkan ubat kawalan serangga ini di pasaraya atau kedai online dengan harga RM25.90. Sekian perkongsian hari ini semoga bermanfaat untuk pembaca.

Sekian, wassalam.

Mama Irdhina hani
Bandar Tasek Kesuma
4 Disember 2017 8.55a.m


Khamis, 26 Oktober 2017

Mandi di Sungai Tekala, Semenyih



Assalammualaikum w.b.t

Minggu lepas saya dan suami telah membawa anak-anak ke sungai tekala, semenyih. Perjalanan dari seksyen 8 BTK hanya mengambil masa dalam 20 minit perjalanan menggunakan kenderaan.

Sekali-sekala pergi ke sungai ni agak nyaman juga dengan suasana hutan dan air sungai yang mengalir sejuk sampai ke tulang. Sepanjang menetap selama 2 tahun di BTK ni baru 2 kali pergi ke Sungai Tekala iyalah dengan sebelum ni kes kencing tikus risau nak bawak anak-anak mandi. Tapi kali ni tawakal je la harap-harap kencing tikus tu dah hilang dibawa aliran sungai.

Bayaran masuk murah je ni saya kopipes dari blog emencer.blogspot.com. Untuk saya ngan suami ngan anak-anak 3org bawah 12 tahun dalam RM3.50 sahaja.




Dekat sini memang ramai sangat orang datang mandi-manda kalau datang tengah hari memang ramai orang dan memang xdptla pondok untuk berteduh ataupun kerusi untuk berehat. Kena standby bawak tikar masing-masing kalau nak datang ke sini. At least bolehla menyempit kat mana-mana.

Pondok kat tepi tu adalah pondok untuk persalinan pakaian yang kat hujung tu pondok untuk berehat



Encik Suami dan anak mandi kat tengah sungai 

Sepanjang kat sungai ni ada batang paip yang memang sengaja dibuka untuk mengalirkan air sungai dari hulu untuk sampai ke tengah-tengah sungai jadi kalau nak yakin air bersih sedikit bolehla mandi kat tepi pancutan air ni. Disebabkan ramai orang mandi termasukla baby dan kanak-kanak kecil yang memang akan terkencing kat dalam sungai ni bolehlah bilas dengan air pancut yang disediakan di tengah dan tepi sungai. Ada juga disediakan surau dan tandas dan tempat mandi di sini tapi tidaklah secanggih dan sebersih yang diharapkan. Mungkin kekurangan staff untuk menyelia dan membersihkan jadi kebersihan tu agak kurang sikit.

            Ni pemandangan dari sebelah hulu sungai kalau rajin berjalan bolehlah terus ke hujung

Sebab first time datang sini tula excited nak amik gambar hehe. Lupa pula amik gambar monyet-monyet yang berkeliaran dekat sini. Kena hati-hati tinggalkan barang makanan anda tanpa penjaga nanti habis diselongkar oleh monyet.  



Saya ngan anak-anak

Rabu, 25 Oktober 2017

Review produk Charms

Assalammualaikum w.b.t

Entri ni pasal produk Charms. Saya mempunyai masalah jeragat tak hilang-hilang setelah melahirkan anak ke-3. Saya dah guna macam-macam produk termasuklah Charms huhu x hilang -hilang. Terigin guna set ni sebab tengok orang komen kat fesbuk ok je selain ada No. KKM dan bebas dari merkuri. Selain boleh menjana pendapatan jadi nak test dulula produk ni.


                                             Ni set charms saya, serum dengan scrub tu banyak lagi

Saya start  guna produk ni dari bulan Mei 2017 sehingga Julai 2017. Sedihnya kulit muka saya makin kusam dan berjerawat guna produk ni. Saya ingat nak bertahan dengan produk ni atas nasihat penjual produk kerana serum tu bertindak untuk mengeluarkan semua jerawat dan cuba membersihkan muka dari dalam. Alih-alih saya berhenti sebab tak tahan jerawat makin menjadi lebih-lebih dekat leher dan kedua-dua belah pipi kemerahan dan berjerawat. Time raya tahun ni sedih jumpa saudara mara dengan muka kusam dan berjerawat. Aduhai sabarlah hati dahla setahun sekali balik kampung berjumpa keluarga dan sanak saudara.

Mungkin disebabkan kulit muka saya jenis yang sensitif dan kering jadi tak sesuai dengan produk Charms ni. Dulu time study memang banyak jerawat tapi lepas dah kahwin selama 7 tahun baru kali ni jerawat naik semula kat muka sedih. Review saya ni bukan untuk memburukkan produk charms ye sebab lain orang lain pula pengalamannya. Saya tengok review lain ada juga muka yang glowing dan sesuai dengan produk ni tapi sayangnya untuk kulit saya tidak sesuai.

Tapi foundation white dolly ni saya masih guna sampai sekarang sebab makin lama pakai foundation ni jadi sebati dengan kulit. Cuma serum dan scrub tu je la yang tak guna dah. Lagipun sayang beli mahal-mahal lepas tu x guna. At least takla membazir sangat.

Alhamdulillah sekarang dah beralih ke produk eversoft jerawat dah makin reda dan bekas jerawat pun berkurangan cuma jeragat ni la payah nak hilangkan sebab dah lama kena sabar sedikitlah. " Say No to Cosmetic with Mercury Product "

"Sharing is Caring"
Mama Irdhina Hani
25 Oktober 2017












Cara mengawal serangga perosak silverfish

Assalammualaikum w.b.t Entri kali ni saya ingin berkongsi cara untuk menghapuskan serangga perosak yang jika ada di rumah yang susah...